
Anonymous
4 tahun
Datang bulan tanpa henti selepas behenti pengambilan suntikan perancang
salam doctor…sy telah behenti suntikan perancang last bln 4…dan tak datang next check up suntikan bln 6.sebab sy rasa selama amik suntikan periot sudah 1tahun tak teratur dan kurang selesa.jd sy dan suami cuba merancang sendiri…soalan sy sejak behnti suntikan,sy dtg periot tnpa henti bepanjangn 3bln(periot yg sedikit2)wlpn seblm2 ni sebulan dah behenti.adakah normal untuk mgembalikan masa periot yg teratur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan haid akan kembali seperti normal selepas beberapa bulan berhentinya suntikan ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.