
Sulit
4 tahun
Datang bulan tidak berhenti selama sebulan
saya wanita 19 tahun mengalami datang haid selama 1 bulan tidak berhenti, sebelum saya mengalami hal ini saya pernah tidak datang bulan selama 3 bulan. Apa yang terjadi pada saya?saya baru berumur 19 tahun

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang haid tidak berhenti selama sebulan. Namun, anda tidak haid selama tiga bulan sebelum perkara ini berlaku.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!
Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik. Hal ini juga boleh mengelakkan risiko anaemia atau kurang darah merah yang akan menyebabkan keletihan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi.
Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!