
yassinnoryn
5 tahun
Datang bulan tidak menentu selepas kahwin
Sebelum sy berkahwin, period sy datang lancar dan tepat pada waktunya. Selepaa sy berkahwin pada 15hb8 tahun Ni,
pEriod sy datang lewat sehari pada bulan 9, pada bulan oktober, sy datang bulan macam biasa tapi kali ji sy tiada senggugut, dan perut sy rase sangat tegang . Dan pada hari kedua, darah
pEriod sy seolah hendak habis darahnya. Sebelum berkahwin tidak begini. Kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.