Anonymous
6 tahun
Datang bulan tidak stabil
Asslammualikum… Sy wanita brusia 23 tahun dan masih bujang…saya mengalami priod tidak stabil ketika brumur 19 tahun. Dalam mase setahun hanya ada 3 kali sahaja saya datang bulan. Dan tahun lepas hanye 2 kali… Tarikh last saya period 29/12/18-5/1/19… Itu yang terakhir dan hingga kehari ni sy tidk datng bulan… Saya sudah banyk kali berulang pergi ke klinik dan hospital… Meraka bagi ubat turun darah., bila saya makn ubt itu smpai habis saya akan dtg buln… Kemudian tidak datg bulan…setiap kali sy pergi ke klinik sy di suruh buat ujian air kencing… Sy jadi malu sebab sy bukan nye pregnent
Dan pernah sekali hampir 6bulan saya tidak datng bulan saya pergi ke klinik… Dokter hanya cakp itu normal untuk seorang perempuan… Saya jadi give untuk pergi ke klinik lagi bila dokter bagi tahu saya macam tu… Selain itu pertumbuhan bulu2 dia bahagian bawah dagu seprti janggut amat jelas… Akhir2 ini jugak saya selalu sakit perut seperti senggugut tapi saya tidak datang bulan… Saya jgk kerap buang air besar selapas makan… Adakah ini punce nye ? Saya jadi buntu… Saya harap dokter dapat bantu saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur adalah:
- Masalah polycystic ovarian syndrome (turut mempunya masalah ‘hisutism’)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.Terima kasih.



























