Anonymous
6 tahun
Datang bulan tidak teratur dan berpanjangan
Saya wanita berusia 28tahun dan bujang.
Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur malahan baru-baru ini haid saya tidak datang lebih dari 5bulan. Tetapi apabila saya datang bulan, ianya akan berpanjangan dengan amaun yang sedikit selama lebih dari 2bulan.
Untuk pengetahuan doktor, situasi ini juga pernah terjadi pada tahun lepas. Saya ada mendapatkan rawatan di klinik swasta dan membuat ujian ultrasound. Doktor tersebut memberi saya ubat hormon(pil perancang) dengan alasan saya berkemungkinan mengalami stress sehinggakan hormon saya tidak stabil. Selepas saya makan ubat tersebut, ketulan-ketulan darah keluar seperti hati ayam. Dan darah berlarutan keluar sehingga anggaran hari ke7.
Adakah saya mengalami masalah yang sama seperti situasi yang sama? Dan bagaimana mengelakkan ianya daripada berulang.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa faktor kepada haid yang tidak teratur antaranya ialah:
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























