
saizatulashikin
5 tahun
Datang haid lebih 30 hari
Sy ada masalah datang haid sudah lebih 30 hari, sy sudah berkahwin mempunyai 2 orang anak, usia sy 28 tahun, sy pernah ambil perancang injection depo sepanjang sy ambil depo ini sy tidak datang haid dalam setahun… tapi saya dah berhenti ambil perancang ini 3bulan yang lalu…mungkin juga kesan ubat itu sudah habis dan menyebab kan hormon sy belum stabil lagi, apa yang membimbangkan sy sekarang tentang haid sy yang sudah lebih 30 hari dan keluar sedikit saja… apa yang perlu sy lakukan… perlu ke sy ke farmasi beli ubat berhenti haid atau sy boleh ke sy ke hospital kerajaan untuk check balik apa masalah sebenar sy ini… kalau nak ke klinik pakar wanita sy kurang mampu, bayaran agak mahal… mohon doktor dapat jelaskan sikit bagaimana masalah sakit puan saya ini… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda . Kemungkinan besar anda mengalami hal ini boleh dikaitkan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan tentang tahap kesihatan anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.