
Sulit
4 tahun
Datang haid lebih dari 14 hari
Hi Dr, saya dah datang haid lebih dari 14 hari, masuk harini dah 21 hari, muka saya nampak pucat dan badan saya rasa lemah dan lesu, kerja ringan pun tak larat nak buat, saya ada apa masalah ye doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid lebih dari 14 hari atau haid berlebihan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan atas beberapa faktor, antaranya ialah:
- Fibroid atau polip: ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim
- Adenomyosis: Lapisan dalaman rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
- Ovulasi yang tidak teratur: Apabila ovulasi tidak berlaku, penebalan lapisan dalaman rahim anda berlaku. Pendarahan berat berlaku apabila lapisan ini dilepaskan ketika haid seterusnya. Ini boleh berlaku ketika seseorang sedang melalui menopaus ataupun akil baligh. Wanita yang mempunyai sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan yang hipotiroid juga boleh mengalami masalah ini.
- Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
- Alat kontraseptif intra-rahim boleh menyebabkan haid yang lebih berat pada peringkat awal selepas ia dimasukkan
- Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
- Endometriosis
- Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
- Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
- Kanser organ-organ reproduktif
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Memandangkan anda berasa lemah, lesu dan muka pucat, anda amat disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan serta rawatan yang sewajarnya. Hal ini dibimbangkan pendarahan yang berlebihan menyebabkan masalah yang lain pula.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!