
Sulit
5 tahun
Datang haid lebih dr 2 minggu
Sy wanita awl 30an
Sy ingin b’tnya pad Dr.
Adakah sy b’risiko untuk kena kanser rahim jika datang haid dlm tempoh yg lama ?
Di awl nya hnya keluar tompokan coklat sterusnya kluar ketulan2 mcm hati ayam dan skrg hnya kluar darah yg agak pekat mcm darah ikan.
Apa yg perlu sy lakukan untuk tahu smada sy kena kanser rahim atau tidak ?

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang gejala haid berpanjangan yang anda hadapi selama 2 minggu serta Pertukaran bentuk dan tekstur darah anda. Kanser rahim boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi, namun, masalah haid berpanjangan ini juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Keguguran
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Bagi mengenalpasti samada anda menghidap kanser rahim, ia memerlukan biopsi serta ujian khas lain. Oleh itu, Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.