
Sulit
4 tahun
Datang haid lebih pada 20 hari
Saya datang haid pada awal bulan, untuk 3 hari darah turun sangat banyak dan juga ketulan darah beku, dan darah stop selama 2hari… tapi turun semula darah sehingga sekarang dan heavy flow… ni pertama kali berlaku, saya tak rasa pening cuma kerap sakit pinggang… apabila saya melakukan aktiviti harian darah akan turun sgt banyak berbanding kalau saya hanya duduk tnpa buat apa2… last period saya dua bulan yang lepas… masa ketulan darah beku keluar sangatlah besar, sebesar dua tapak tangan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi Walau bagaimanapun, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa pekara, antaranya ialah:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat kencing manis, obesiti, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip pada rahim
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau serviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik. Hal ini juga boleh mengelakkan risiko anaemia atau kurang darah merah yang akan menyebabkan keletihan.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat serta pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih.