
Sulit
4 tahun
Datang haid selepas bersama adakah mengandung?
saya wanita tahun dan sudah berkahwin . saya sangat keliru apabila saya berhubungan seks pada 13 may yang lalu dan pada 25 may saya mendapati ada garus hitam di perut saya dan mengalami mual . tetapi saya datang haid pada 5 june selama 7 hari seperti biasa . selepas haid saya kembali merasa mual . upt tiga kali dibuat tetap negative . apakah saya mengandung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, memandangkan anda telah datang haid, ianya adalah petanda kukuh bahawa anda tidak hamil. Melainkan sekiranya anda ada melakukan hubungan seks tanpa perlindungan setelah haid terakhir anda itu. Tambahan pula, ujian UPT anda menunjukan keputusan negatif maka keberangkalian untuk anda hamil adalah nipis.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.