
noor43061
5 tahun
Datang haid setelah seminggu mengambil postinor 2
Saya wanita berumur 29 tahun dan baru berkahwin. Baru-baru ini saya telah mengambil postinor 2 mengikut cara-cara yang betul. Setelah seminggu, haid saya datang iaitu pada 31/01/2020. Haid terakhir saya bulan lepas adalah 25/01/2020. Jarak datang haid terlalu dekat, adakah ia kesan yang baik atau ada kesan yang lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doctor.
Untuk makluman anda, ia mungkin merupakan kesan sampingan pil tersebut kerana antara kesan sampingannya ialah mual/loya, mengubah kitaran haid. Namun, hal ini tidak mengecualikan punca lain yang boleh menyebabkan hal ini berlaku. Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.