
Sulit
3 tahun
Datang haid tidak menentu
saya datang dua kali sebulan tapi untuk awak awal bulan 7hb 5 tu memang tarikh period saya. tapi 25hb saya ada darah keluar tapi berwarna coklat. sekarang sudah hampir sebulan saya tak datang haid, adakah itu tanda2 saya mengandung?

3 tahun
Salam Sejatera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan anda, ada kemungkinan untuk anda hamil. Anda boleh mendapatkan kepastian dengan mengambil ujian UPT kira-kira 10 hari dari tarikh haid yang terlewat.
Namun begitu, masalah haid lewat anda juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti :
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Pengambilan ubat hormon seperti pil perancang
- Kesan sampingan sesetangah jenis ubat
- PCOS
Sila rujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat secara atas talian.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk menghubungi doktor pakar sakit puan.