
Sulit
4 tahun
Datang haid yang tidak normal
Hi doc, saya wanita berumur 33 tahun dan telah mempunyai anak seorang.Pada 6/07/2020 saya hanya mengalami 2 hari period, dan kitaran 35 hari untuk period yang datang pada 10/08/2020.Masa 2 bulan ni datang period keluar banyak ketul an darah yang lembut macam hati ayam. Tapi pada 20/09/2020 saya baru datang period semula dan 41 hati kitaran dan sama juga keluar banyak ketulan darah seperti hati ayam juga. Adakah normal period macam ini atau perlukah saya berjumpa dengan doctor? Ke kadang juga saya mengalami sensugut yang teruk.Adakah period seperti ini menyukarkan saya hamil semula selepas anak yang pertama hampir lebih 10 tahun?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid tidak teratur serta ketulan darah haid dan senggugut yang sakit yang anda hadapi ketika kedatangan haid semenjak ini.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur merupakan satu perkara yang biasa dialami oleh sesetengan golongan wanita yang sihat. Ini boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon wanita yang boleh mengganggu kitaran haid anda. Ketulan darah ini selalunya disebabkan oleh darah beku yang bertakung dalam rahim ketika kedatangan haid, atau juga boleh disebabkan oleh penyakit darah yang tersembunyi. Namun, ia juga boleh menjadi petanda kepada beberapa penyakit bahaya yang boleh menghalang aliran darah haid daripada rahim seperti:
- Ketumbuhan fibroid
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit adenomyosis
- Kanser rahim
- Masalah kecederaan atau jahitan Caesarian Section ketika kelahiran yang terkoyak.
- Masalah penyakit darah
Walaubagaimanapun, masalah anda juga boleh dikaitkan dengan faktor-faktor am yang lain seperti :
- Gangguan stress
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menopaus pramatang (Perimenopaus)
- Penurunan berat badan yang mendadak, atau kenaikan berat badan yang mendadak.
- Senaman yang berlebihan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kebolehan untuk hamil adalah bergantung kepada punca masalah anda. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor sakit puan yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah serta mendapatkan nasihat mengenai kehamilan yang diinginkan menurut kondisi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.