
Sulit
3 tahun
Datang period lewat 7 hari
Hello doc… Sy seorang wanita berumur 28 dan belum berkahwin… Sy mengalami masalah period lewat 7 hari… Perut saya terasa amat sakit seperti dicucuk pada sebelah kiri & apabila mmbuang air, akan berdarah… Adakah ianya normal ?

3 tahun
Salam sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Dalam pemahaman kami, anda mengalami gejala haid lewat selama 7 hari, sakit perut sebelah kiri dan darah dalam air kencing. Anda ingin mengetahui jika simptom-simptom anda berkorelasi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid lewat, iaitu :
- Kehamilan
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Pengunaan pil hormon pencegah kehamilan (oral contraceptive pills)
- Polycycstic Ovary Syndrome (PCOS)
Bagi sakit perut sebelah kiri dan darah dalam air kencing, ia boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan kuman di buah pinggang dan sistem saluran air kencing.
- Masalah batu karang (Renal stones)
- Masalah autoimun seperti Systemic Lupus Erythromytosis (SLE)
Selain itu, terdapat beberapa masalah yang lebih serius yang boleh menyebabkan darah dalam air kencing seperti kanser buah pinggang dan kanser di sistem saluran air kencing. Bagi mendapatkan diagnosis yang benar, anda perlu merujuk doktor bagi mengetahui jika masalah anda adalah berpunca dari sistem reproduktif ataupun sistem urinari.
Anda boleh berhubung dengan doktor atas talian kami untuk mendapatkan nasihat yang lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.