
Sulit
4 tahun
Daun lidah buaya aloevera bolehkah merawat kulit mati atau rosak Danfungi
Doktor,adakah daun aloevera lidah buaya it dapat memulihkan pertumbuhan kulit wajah Dan mematikan kuman Serta dapat menghilangkan kegatalan atau juga kemerahan pada wajah ?
?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, daun lidah buaya digunakan untuk melembapkan kulit. Ia berupaya untuk mengelakkan kulit kering. Namun, ia tidak mempunyai kebolehan anti kuman. Jika anda dijangkiti kuman, anda memerlukan antibiotik dan ubat tersebut memerlukan prekripsi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.