
hanijaapar
6 tahun
Degupan jantung laju
Salam, saya berada di luar negara jadi saya mempunyai asthma. Selepas menggunakan inhaler tidak berkesan, saya mengambil sebiji pil asmin 4g salbutamol. Selepas 20 minit jantung terasa laju, badan sejuk dan sakit dada serta sakit belakang. Apa yang perlu saya lakukan? Saya akan pulang ke Malaysia esok malam. Mohon jawapan segera. Terima kasih Doktor

6 tahun
Terima kasih atas soalan anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Semua obat berpotensi menyebabkan kesan samping. Tanda-tanda tersebut boleh disebabkan oleh kesan samping daripada ubat yang anda minum:
- Jantung berdebar-debar.
- Degupan jantung yang cepat atau tak teratur.
- Gementar.
- Sakit perut.
- Nyeri dada.
- Batuk berdahak.
- Cirit-birit.
- Sulit menelan.
- Sakit kepala.
- Menggigil.
- Demam.
- Mual.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda juga amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.