Sulit
4 tahun
Degupan jantung terskip
Saya wanita berumur 31. Kebelakangan ini degupan jantung saya tidak teratur. Jantung saya kerap kali terskip dan menyebabkan dada saya rasa tidak selesa. Adakah penyakit jantung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, denyutan jantung yang normal ialah pada kadar 60-100 denyutan setiap minit. Berkenaan dengan rasa tidak selesa pada dada, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan/penyakit jantung
- Gangguan emosi
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala lain seperti:
- kesesakan nafas
- pening kepala
- kelesuan
- loya
- muntah
Untuk mengetahui punca sebenar serta rawatan kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna terutamanya jika gejala ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!




























