Anonymous
6 tahun
Dehydration berulang
Salam, saya student yang berumur 19 tahun. Dalam tahun ini, sudah 3 kali saya mngalami dehidrasi. Saya akan rasa penat, sakit kepala dan kurang focus bila saya sakit sampai menyebabkan saya tidak dapat hadir ke kelas. Dan apabila saya ke klinik untuk mendapatkan surat cuti sakit. Doktor malahan berkata bhwa, dia tidak menyediakan surat cuti sakit untuk dehidrasi. Saya agak terkilan kerana saya teramatlah tidak larat untuk ke kelas. Orang sekeliling saya juga memandang rendah terhadap dehidrasi yang saya alami.
Dehidrasi yang berulang sebegini adakah berbahaya sekiranya ia terjadi lagi? Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Penggantian cecair adalah rawatan untuk dehidrasi. Ini boleh dicuba dengan menggantikan cecair melalui mulut, tetapi jika cara ini gagal, cecair intravena (IV) mungkin diperlukan. Sekiranya rehidrasi oral cuba dilakukan, jumlah cecair yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang kecil dan kerap diberikan.
Antara rawatan yang digunakan dalam masalah dehidrasi ialah:
Air (air semata-mata tidak semestinya selamat digunakan pada bayi dan boleh menyebabkan masalah berkaitan elektrolit. Oleh sebab itu, ‘Pedialyte’ atau cecair elektrolit seimbang yang lain perlu digunakan.
Sup kosong
Popsikel
Jell-O
Cecair pengganti lain yang mungkin mengandungi elektrolit (Pedialyte, Gatorade, Powerade, dan sebagainya)
Penggunaan cecair intravena bergantung kepada penilaian doktor yang profesional mengenai tahap dehidrasi, keupayaan pesakit untuk minum cecair melalui mulut, dan kebolehan pesakit untuk pulih daripada penyebab dehidrasi.
Sekiranya anda inginkan keterangan lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian kerana kami memerlukan maklumat lebih mendalam sebelum membuat kesimpulan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih





































