
zarifahishak77
4 tahun
Demam ada kuman dalam darah
Saya ibu baru lepas bersalin anak ke 3 secara pembedahan atau czer.saya da habis tempoh waktu berpantang.tapi banyak makanan saya masih kuat berpantang.3 hari lepas saya mengalami gigil yang kuat disertakan dengan demam.pandangan sy jadi hitam.demam dengan tiba2 tanpa ada apa2 simptom.makin lama saya makin lemah selera makan pon makin kurang dan terus tak nak makan.malah muntah2.bila pergi ke klinik.doktor periksa,ada kuman dalam darah.dan kuman agak tinggi.
Boleh doktor bantu cadangkan bagaimana nak hilangkan demam nie?memandangkan ubat yang klinik bekalkan sy hampir habis.saya kena makan ubat demam selang 3 jam.kakau tak mesti gigil semula.saya ambik jugak antibiotik tapi tak kuat sangat memandangkan saya masih menyusu badan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Bagi masalah ini, anda disarankan untuk mengambil antibiotik yang diberi mengikut dos yang telah ditentukan oleh doktor. Antibiotik perlu dihabiskan bagi merawat masalah jangkitan kuman ini. Anda juga disarankan untuk terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan ubat jika masalah masih berterusan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.