
Sulit
5 tahun
Demam, Batuk Dan Selsema
Saya sudah mengambil ubat yang klinik bekalkan namun ianya tidak berkesan malah sakit saya bertambah parah. Bayi saya juga terkena jangkitan dari saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran pernafasan atas seperti influenza
- Jangkitan kuman
- Pneumonia
Memandangkan sekarang adalah musim tersebarnya influenza, anda dinasihatkan untuk merujuk ke doktor terutamanya membawa bayi anda memandangkan bayi adalah lebih rentan berbanding orang dewasa.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.