Sulit
5 tahun
Demam bermula dengan bersin resdung
Dua hari lepas saya bersin non-stop. Bagi saya tak serius sebab selalunya bila dekat dgn kitaran period, resdung saya akan teruk. Lepas makan ubat resdung, bersin masih tak berhenti dan semalam saya start demam. Biasanya kalau saya demam, pakai koolfever tu memadai untuk sembuh. Tapi pagi ni masih belum sembuh. Saya takde thermometer untuk check suhu. Pagi ni start batuk2, mungkin kesan ubat resdung. Saya masih bersin juga sikit2.
Adakah disarankan untuk terus saringan covid atau pergi klinik untuk check demam biasa dulu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan.
Untuk makluman pihak anda, demam merupakan salah satu gejala bagi jangkitan COVID-19. Namun begitu, demam merupakan gejala umum yang boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus lain
- Keradangan
- Masalah strok haba
- Dehidrasi
Oleh itu, anda digalakkan untuk menjalani ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini DoctorOnCall Tanya
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































