Sulit
3 tahun
Demam berpanjangan 2/3 minggu
Saya lelaki berumur 24th,sejak 2/3 minggu ni saya rasa seperti demam & panas. Adan tapi xde sebarang simptom lain mcm batuk,selsema,sakit tekak,muntah or cirit birit cuma x elok2 panas. Dan saya sudah pun prgi jmp Dr di kkm tpi dr kata xde demam suhu pun elok 36drjh je darah merah normal juga darah putih… tapi shingga skrng saya x elok2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, badan rasa panas adalah subjektif. Memandangkan pemeriksaan suhu menunjukkan bahawa suhu anda normal maka, saya berpendapat anda tidak demam. Selain itu, ujian darah juga memnunjukkan normal bermaksud tiada jangkitan yang berlaku.
Berkemungkinan, anda merasa panas disebabkan cuaca kita yang panas sekarang.
Nasihat saya, anda awasi dahulu gejala yang anda hadapi. Anda boleh mengambil ubat paracetamol sekiranya anda merakan anda demam. Sekiranya anda merasakan bahawa suhu anda tinggi atau masalah ini masih berlarutan anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.