
Sulit
5 tahun
Demam Berpanjangan Sehingga Lebih Seminggu
Saya wanita berumur 20 tahun yang sedang struggle menghabiskan tahun terakhir diploma saya, saya sedang menjalani latihan industri namun banyak kerja saya tergendala kerana demam yang datang pada saya. saya demam berlarutan sehingga hari ke 8 (lapan). perkara ini amat amat menyusahkan saya kerana telah mengangguh semua pekerjaan saya dan saya berasa tidak senang langsung untuk meneruskan hidup. saya sudah pergi ke klinik tapi responds dari doktor adalah sama. demam biasa. demam biasa. demam biasa. kalau demam biasa mesti dah boleh elok dua tiga hari makan ubat okay dah tapi saya dah cuba ikut semua tips dan disiplin dalam makan ubat tetap saya tak boleh bangun dan badan saya panas sangat. untuk makluman doktor juga, pada hari ke-5 saya demam, muka saya sebelah kanan tidak boleh bergerak sehingga harini. menyukarkan saya untuk makan, minum dan bercakap. apabila saya beritahu doktor, tetap doktor kata tiada apa yang perlu dirisaukan. saya sangat kecewa kerana saya rasa apa yang saya rasa. sehingga kan setiap malam saya menangis dan membuatkan saya stres berfikir. apa perlu saya buat jika berjumpa doktor juga tiada penyelesaiannya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam adalah gejala yang umum. Bagi memerincikan punca demam anda, maklumat tambahan diperlukan seperti simptom-simptom lain. Namun begitu, mengikut keterangan anda, punca demam anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Demam influenza - disebabkan virus influenza yang sukar untuk ditangani dan menyebabkan demam panjang
- Demam denggi
- Penyakit berkaitan keradangan seperti penyakit radang usus, radang hati
- Penyakit berkaitan sel darah putih seperti leukemia
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.