
Sulit
5 tahun
Demam berpanjangan selama seminggu
Saya mempunyai anak berumur 9 tahun. Anak saya mula demam panas pada malam 23/11/2019. Suhu tidak menurun. Pada 25/11/2019 saya membawanya ke hospital dan ujian darah dilakukan. Doktor mengesahkan darah semua seperti biasa cuma pekat sedikit akibat kurang minum air. Denggi semua tiada. Ubat demam diberikan. Sehingga hari ini anak saya masih demam & ulser dalam mulut bertambah, tidak aktif seperti selalu.pengasuh call & beritahu yg anak sy masih demam & lebih suka utk baring. Apa yang perlu saya lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam yang anak anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Demam influenza
- Jangkitan paru-paru
- Radang tonsil
Sekiranya anak anda masih dalam keadaan tidak responsif, anda boleh membawa anak anda ke klinik bagi pemeriksaan lanjut. Buat sementara ini, anda perlu memastikan anak anda cukup makan dan minum serta jika perlu mengambil ubat demam yang diberikan doktor. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.