
Sulit
4 tahun
Demam berpanjangan
Saya berumur 21. Seminggu lebih saya telah demam on off. Pada waktu pg, bdn rasa okay, tp waktu tgh hari hingga malam, bdn rasa sekejap panas, sekejap okay. Bila check suhu d dahi, suhu bdn naik dan x menentu. Range suhu, 37.4-38. Saya dah berjumpa doc dan doc kata saya ada jangkitan kuman. ubat dah d beri dan telah habis. Tp keadaan saya masih sama. Sepanjang seminggu lebih ini, saya perasan angin dlm bdn jgk byk. Saya juga telah cirit utk beberapa hari, tetapi selepas berjumpa doc baru2 ini, cirit telah berhenti. Adakah sbb saya sudah nk dekat period atau sbb lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi dengan pihak kami adalah sangat terhad berbanding dengan doktor di klinik atau hospital. Oleh itu, saya tidak dapat untuk membuat konklusi mengenai punca masalah yang anda hadapi.
Namun begitu, anda telah berjumpa dengan doktor dan telah diberi tahu bahawa masalah demam anda berpunca dari jangkitan bakteria dan rawatan sudah diberikan. Akan tetapi masalah anda masih sama.
Masalah demam ini boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Allergic Rhinitis
Keradangan
Maka, nasihat saya, anda merujuk lagi masalah ini dengan doktor yang merawat anda bagi pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan yang seterusnya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.