
Sulit
5 tahun
Demam berpanjanggan selama seminggu
Suami saya berusia 29 tahun.Sudah hampir seminggu dia demam beserta batuk dan selesema. Badan juga rasa sakit dan sengal. Pada hari ke 3 demam dia sudah berjumpa dengan doctor dan membuat ujian darah namun semuanya normal. Masuk hari ke 5 lg sekali suami sy telah berjumpa doc dan mengambil ujian darah serta xray paru2. Masih juga normal. Semala suami sy ke hospital juga kerana batuk ada sedikit darah. Pada 2017 suami telah disahkan tb dan tinggalkan parut. Namun keputusan xray sangat baik kata doctor. kini sy sgt risau kerana suami masih lemah dan tidak boleh bekerja
. apa perlu sy lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan paru- paru (pneumonia)
TB aktif semula
- Sistem imunisasi yang rendah serta pengambilan ubat- ubatan yang boleh merendahkan sistem imunisasi akan menyebabkan individu tersebut berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan TB semula. Tambahan pula, jika rawatan untuk TB terdahulu tidak sempurna, jangkitan tersebut akan menjadi aktif semula.
- COPD
- Penyakit ini merupakan komplikasi bagi perokok tegar.
- Demam viral
Jika jangkitan jenis virus dan bukan bakteria, proses pemulihan tidak boleh bergantung kepada penggunaan antibiotik tetapi ubat untuk melegakan tanda- tanda jangkitan virus misalnya ubat batuk atau ubat paracetamol untuk sakit kepala.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana TB mudah merebak. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.