
arefiqahirfan21
6 tahun
Demam campak/chicken pox
saya(26thun)dan anak(5thun) saya kena chicken pox…saya ingin bertanya jika kena chicken pox boleh ke makan telur rebus dan ayam buat sup?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Mengenai pantang larang dalam pemakanan untuk orang yang mengalami demam campak ini, kalau boleh anda haruslah kurangkan memberi makanan bergoreng, makanan yang pedas dan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang kerana semua ini boleh membuatkan kegatalan menjadi lebih teruk. Anda juga boleh cuba untuk minum air kelapa yang mempunyai banyak khasiat dan menghirup sup ayam untuk mengembalikan tenaga semula. Dan yang paling penting, banyakkan minum air masak kerana dehidrasi boleh berlaku dengan adanya jangkitan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih