
norhasmiza0531
4 tahun
Demam.chicken pox dan penyusuan bawah 1 bulan
Saya wanita berusia 26 tahun, masih dlm pantang, baby sy baru berusia 29 hari, sy trkena jngkitan.chicken pox dlm 4 hari sudah, sy tidak boleh breastfeed baby kerana gelembung air sudah mulai.penuh di kwsn payudara, yg.akn.merisikokn pecahnya cacar air.
Sy igin tahu berapa lama masa yg di angarkn utk sembuh, dan.apabila sembuh, bila agknya sy bleh start breastfeed blik? Dan satu lg soaln, sy rsau ank sy d jngkiti jgak kerana ketika sy mndpt thu kena cacar air, sebelum tu sy agk rapat dgn baby, dan breastfeed seperti biasa, d rsaukn cecair da penah.pecah, dan trkena, tetapi syukur hingga sekarang baby msih sihat, cumanya sy rsau, adakh tnda awal2 yg boleh di.lihat, dan berpa lama ia.mngambil utk merebak, sbagai precautions awal utk ank sy, utk pengetahuan.doktor ank sy merupakan baby g6pd defficiency

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Penyakit cacar air atau chicken pox ini mengambil lebih kurang 1-2 minggu untuk betul-betul ditangani badan terutamanya jika orang dewasa yang mengalaminya. Anak anda berkemungkinan sudah pun dijangkiti penyakit ini. Oleh itu, sekiranya anak anda tiada selera untuk menyusu, demam, kekuningan dan mempunyai bintikan-bintikan di seluruh badan, anda disarankan untuk membawa anak anda ke klinik untuk rawatan segera. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda dan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.