
Sulit
5 tahun
Demam dan cirit-birit
HAI DOKTOR SAYA NAK TANYA LA…ANAK SAYA UMUR 1 TAHUN 8 BULAN…HARI TU DIE DEMAM DAN DOKTOR ADA BAGI DIE UBAT DEMAM SELSEMA DAN ANTIBIOTIK…LEPAS DIE ELOK DEMAM DIA AGAK KERAP BERAK CAIR…KADANG-KADANG 1 HARI DALAM 2 HINGGA 3 KALI…ITU NORMAL ATAU TIDAK DOKTOR?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berak cair pada anak kecil boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alergi atau sensitif terhadap sesetengah jenis makanan. Hal ini biasa terjadi pada anak yang baru mula menyesuaikan diri dengan pemakanan selain susu ibu. sangat digalakkan untuk mengenal pasti makanan apakah yang dapat mencetuskan keadaan iniseperti susu lembu, udang dan sebagainya
- Jangkitan bakteria atau virus. Hal ini biasa terkena apabila kita mengkonsumsi makanan atau minumam dari sumber yang tidak meyakinkan mahupun bekas dan air yang tidak bersih yang mungkin mengandungi kuman.
- Normal. hal ini kerana untuk seorang anak yang berusia 1 tahun 8 bulan adalah normal untuk berak 2-3 kali sehari walaupun berak cair tergantung jenis pemakanan.
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu rutin harian anak anda secara fungsional, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini sekiranya andk kelihatan lemah, tidak bermaya, demam, muntah, dan tidak lalu makan. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.