
Anonymous
5 tahun
Demam dan darah tinggi
Nenek saya berusia lingkungan 60 tahun dan menghidap darah tinggi. Beliau sedang demam selsema jadi beliau berhenti mengambil ubat darah tingginya. Mnurutnya beliau risau dos yg berlebihan skiranya mengambil trlalu bnyk ubat. Beliau turut berasa pening kepala. Adakah betul tindakannya? Apa saranan terbaik Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hal yang sebaiknya dilakukan adalah mematuhi arahan pengubatan yang diberikan oleh doktor. Merujuk kepada kerisauaan tentang dos berlebihan, sebaiknya anda berbincang dengan doktor tentang kekhuatiran anda agar mendapat perawatan yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.