
Sulit
4 tahun
Demam dan dos ubat yang diperlukan
Saya baru sehari demam mungkin dari strok haba akibat bekerja di tempat panas dan mengalami dehidrasi. Demam saya sudah 1 hari,dan saya hanya mengambil paracetamol 500mg yg biasa tanpa apa2 konsultasi dari doktor atau juru faramasi. Simptom saya sudah berkurang,ada saya perlu menghabiskan ubat tersebut atau makan bila perlu sahaja? kerana saya ada hal lain yang perlu diselesaikan dalam masa yang terdekat dan kesihatan saya amatlah diharapkan sembuh secepatnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Untuk makluman anda, ubat paracetamol digunakan apabila perlu sahaja. Sekiranya demam anda telah kebah, anda boleh berhenti mengambil paracetamol. Anda harus banyakkan berehat dan minum air dengan banyak. Makan makanan yang merangsang proses pemulihan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan protein.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.