
Sulit
5 tahun
Demam dan ingin ke hospital
Ayah saya berusia 66 tahun dan mengalami demam. Suhu badannya 38.5°C. Ayah telah pergi ke klinik swasta dan doktor di sana menyarankan ayah saya ke hospital terus. Setakat ini ayah hanya demam dan tak punyai simptom yang lain. Dia mempunyai asma namun setakat ini pernafasannya masih okay dan tidak punyai masalah. Jadi haruskah kami terus bawa ayah ke hospital untuk rawatan lanjut atau perlu tunggu beberapa hari lagi sebelum ke hospital bali mengelakkan kesesakkan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.