
Sulit
4 tahun
Demam dan kepala sakit jika tersentuh
Kepala saya terhentak dan sakit apabila tekan dan tersentuh. Suhu badan saya naik 38.1 keesokkannya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkemungkinan kawasan yang sakit apabila ditekan atau disentuh tersebut mengalami lebam akibat hentakan. Kebiasaannya lebam akan sakit selama 3 hari. Selain itu, gejala demam juga kadang kala akan terjadi bersama denga lebam. Namun begitu, saya tidak menolak kemungkinan lain bagi demam anda yang tidak berkaitan dengan lebam kepala anda seperti:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Lebih-lebih lagi sekiranya anda mengalami gejala seperti:
Perubahan tahap kesedaran atau kewaspadaan, seperti pengsan atau tidak bertindak balas
Pening atau pening kepala
Sakit, pembengkakan atau rasa tekanan yang teruk di kawasan lebam
Demam tinggi (lebih tinggi daripada 38.3 darjah celcius)
Mual atau muntah
Petechiae (titik kecil berwarna merah atau ungu disebabkan pendarahan di bawah kulit)
Masalah pernafasan seperti sesak nafas atau kesukaran bernafas
Kejang
Leher yang tegang
Muntah darah, najis berdarah atau pendarahan dari rektum
Mata dan kulit kuning (penyakit kuning atau jaundis)
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.