
Sulit
4 tahun
Demam dan kerap sendawa
Saya lelaki umur 31, demam masuk hari ke 4.
Hari pertama, demam dan kerap buang air besar tiada batuk dan tiada selsema, tekak tidak selesa. Mengambil sendiri penadol.
Hari ke 2, berjumpa doktor demam 37.4°c, dan diberikan ubat demam, larutan garam, ubat sakit perut dan ubat chirit birit serta ubat tekak (hisap). Selepas makan ubat tiada buang air besar sehingga hari ini dan kerap sendawa.
Hari ke 3, terus mengambil ubat, masih demam tidak buang air besar dan kerap sendawa. Mula melakukan kumur dengan larutan garam. Tekak semakin selesa.
Hari 4 hari ini. Hanya mengambil ubat demam dan berkumur dengan iar garam.
Apa yang saya perlu lakukan kerana ubat semakin habis, perlu ke farmasi tambah ubat sahaja atau bagaimana?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca sakit tekak anda, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Kami juga memerlukan maklumat lanjut tentang sakit tekak anda, serta latar belakang kesihatan yang lain.
Sakit tekak boleh berpunca daripada pelbagai perkara:
- Jangkitan kuman pada mana-mana bahagian tekak boleh menyebabkan sakit pada bahagian sepanjang saluran tekak
- Luka atau radang akibat makanan keras atau terlalu banyak menggunakan suara
- Radang tonsil atau radang tekak
- Ketumbuhan pada saluran tekak
Anda boleh melegakan sakit tekak dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Anda disarankan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih