
Sulit
4 tahun
Demam dan sakit tekak selepas minum supplement untuk kesuburan
setiap kali saya consume Jus ataupun madu khas untuk kesuburan, suhu badan saya akan naik sehingga menyebabkan pening dan demam selama beberapa hari. adakah disebabkan kandungan jus/madu tersebut menyebabkan badan saya bertindak balas dgn menolak bahan yang ada di dalamnya ataupun saya memang tidak sesuai untuk minum jus tersebut. saya berumur 34tahun & telah 8 tahun berkahwin & period saya teratur setiap bulan tanpa ada masalah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang demam dan sakit tekak.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya tidak pasti samada kandungan produk yang anda gunakan adalah selamat atau tidak, ataukah bahan dalam produk tersebut menyebabkan gejala sebegini. Saya menasihatkan anda untuk berhenti menggunakan produk tersebut sekiranya ia adalah punca kepada masalah anda.
Pastikan anda menggunakan produk yang lulus daripada KKM. Elakkan ambil produk sembarangan. Sekiranya anda masih ragu tentang kondisi anda, sila ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!