
Sulit
4 tahun
Demam dan tekak rasa bengkak
Saya demam dengan temperature 38.3.mak saya suruh selimut dan biar berpeluh. Saya dah pegi klinik doktor kata sebab tekak saya bengkak sebab tu demam. MA sebelum ni pesan saya kena pakai baju nipis dan sejukkan diri depan kipas dan mandi. Mana satu patut saya ikut. Mak saya atau MA?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya memahami kekeliruan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, apabila seseorang itu demam, pesakit akan dinasihati untuk melakukan perkara yang akan menurunkan berat badan seperti mandi, memakai pakaian nipis, mendemah kepala. Hal ini kerana dikhuatiri, menyelimut badan akan memerangkap haba sehingga menyebabkan suhu badan menjadi lebih tinggi daripada biasa. Namun, jika terlalu sejuk sehingga menggigil, anda masih disarankan untuk menggunakan selimut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.