
Sulit
4 tahun
Demam denggi, white blood cells rendah, ruam-ruam merah, bolehlah berjangkit?
Saya dan keluarga sudah 4 hari kene demam denggi.
Result darah isteri selalu low white blood cells, bagaimana utk meningkatkan white blood cells ini?
Hari ini seluruh badan dan muka saya naik ruam-ruam merah.
Saya mengambil langkah mandi dengan air garam dan minum air kelapa.
Apakah cara terbaik untuk mengatasi ruam merah ini dan bolehkah ruam ini berjangkit?
Sekian & terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cara merawat denggi adalah:
- Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
- Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
- Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
- Mandi jerlum.
- Antibiotik tidak diperlukan.
Selain itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.|
|Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!