
umarasyrafazahan
4 tahun
Demam Dewasa Cara Meredakan Kepanasan Badan
Hi doc. Saya rasa badan saya panas sangat. Badan pn mcm x stabil bila jalan. Tp sy x pening pn kepala. Hanya batuk sikit dan hingus mcm dekat tekak tu je. Saya tadi pakai penyukat suhu baby saya, masuk mulut, keluar 38C.
Nk tanya anything yg boleh reda kan kepanasan badan ni? Minum 100% seliter pagi tadi. Then sy x mkn apa2…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil makanan dan air yang mencukupi serta rehat yang secukupnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.