
Sulit
4 tahun
Demam kuman dalam darah
Normal kah demam ini bereterusan sehingga 12hari setelah makan antibiotik yg doktor berikan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Gejala demam tersebut boleh menandakan berlakunya jangkitan kuman pada tubuh, namun demam yang naik turun serta berpanjangan (melebihi tiga hari) perlu dikaji dengan lebih teliti oleh pihak kesihatan, kerana dikhuatiri:
- jangkitan virus (i.e. covid19, denggi, dll)
- jangkitan bakteria (i.e. tifoid, dll.)
- jangkitan parasit (i.e. cacingan, dll)
- dll.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Maka ia adalah penting bagi individu untuk kembali ke doktor sekiranya demam tidak surut walaupun telah diberikan antibiotik. Penilaian yang berkala akan dilanjutkan untuk menetukan samada perubahan rejimen ubat atau terapi perlu dibuat atau diteruskan berdasarkan informasi terkini. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.