
Sulit
5 tahun
Demam lebih sebulan..dan masih berlarutan
Hi saya lelaki umur 32 tahun…
Saya dah demam batuk menggigil lebih dari sebulan bermula dari sebelum pkp sampai sekarang 28apr tapi bukan straight setiap hari…demam yg pertama berlanjutan sampai PKP tfasa 2 tetapi temperature tidak pernah lebih dari 37. Pergi klinik doctor hanya beritahu demam biasa dan di berikan ubat seperti demam biasa. Dlm beberapa hari ubat habis demam dah mula baik tapi batuk masih kerap…sampai la beberapa hari berikutnya saya sihat sepenuhnya…
Demam kedua timbul semula hanya selepas beberapa hari pulih sampai la sekarang terjadi selepas mengalami cirit birit dan mual.Selepas pergi klinik mlm itu start demam sakit kepala sampai sekarang masih xsihat tapi sekarang saya hanya demam menggigil panas badan dan sakit kepala yg teruk sampaikan bile bagun dari duduk yg lama seperti ingin jatuh semua berpusing…demam dan sakit kepala ni kadang2 ok tapi kerap terjadi hanya pada malam hari dan tgh hari ke petang.
Untuk pengetahuan as i type mesej ni pada tarikh 28apr pukul 1228 tgh hari badan masih panas menggigil walau terkena angin ketika membuka pintu dan sakit kepala yg berdenyut2. Dan sepanjang beberapa hari puasa ni saya masih berpuasa. Dan lagi satu saya masih bekerja kerana kompany di beri kelulusan untuk beroperasi setiap kali pergi bekerja temperature akan di check dan setiap kali saya dtg bekerja pada pagi hari saya sihat tapi start mengigil atau panas badan bila tgh hari tapi temperature masih di bawah 37. Hanya sakit kepala yg agak teruk.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah demam anda ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.