sitizuraidah91
4 tahun
Demam Malam Dan Selsema Pada Waktu Malam Sahaja
Saya Siti Zuraidah berumur 28thn mempunyai 2 org anak perempuan berumur 5 thn dan 1 thn 5 bln…masalah anak sulung saya ialah selsema pada waktu malam sahaja…pada siang hari ok…anak kedua saya pula dah 3 hari demam waktu malam tapi masih aktif lagi…mohon ulasan doktor…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anak puan tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda , masalah selsema pada anak sulung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring
- reaksi alahan
- faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem imun yang rendah
Antara Punca Punca Demam untuk anda kedua anda merupakan:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.