
mimiazhar1991
5 tahun
Demam malam dan tidak aktif
Assalamualaikum & selamat sejahtera. Saya 28 tahun ibu kepada seorang anak lelaki umur 1 tahun 6 bulan. Anak saya mengambil injection utk 1 tahun 6 bulan pada 16hb Jun 2019 lepas. Pada malam 19hb Jun 2019, anak saya menunjukkan tanda tidak aktif, muntah dan kurang selera makan. Keesokan paginya badannya panas sehingga tengahari. Pada tengahari anak saya kembali aktif tapi kurang selera makan. Pada malam hari dia menangis melalak seperti tidak sedarkan diri. Boleh doktor beri pendapat sebabnya terjadi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi oleh anak anda, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan seperti suntuikan apakah yang telah didapati? , sejarah kelahiran dan kesihatan , dan sebagainya sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Anda amatlah disarankan untuk merujuk hal ini dengan pihak doktor agar rawatan yang sewajarnya dapat diberikan untuk mengelakkan komplikasi pada masa hadapan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.