
Sulit
2 tahun
Demam Melebihi 3 hari
Assalamualaikum doktor.saya demam melebihi 4hari.semalam saya pergi hospital kerajaan.ambil darah untuk tgk sama ada saya kena denggi atau tidak.Result darah saya negatif untuk denggi.Tapi doktor ada buat 1 temujanji untuk ambil lagi sekali ujian darah .Masalahnya kenapa perlu ambil lagi sekali sedangkan saya negatif denggi…result darah ada tulis HCT = 32.1 WBC = 3.8 Platlet = 105 ada masalah ke yg saya tak tahu ke sebab saya dah rasa takut untuk lakukan ujian darah lagi sekali…boleh terangkan pada saya…keputusa. darah saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, temujanji yang dibuat oleh doktor anda adalah berkemungkinan untuk memeriksa semula bacaan keputusan darah anda kerana bacaan Platelet dan WBC adalah sedikit rendah. Anda dinasihatkan untuk mengikuti temujanji yang dibuat oleh doktor anda bagi memastikan tiada apa-apa yang terlepas pandang oleh pihak mereka. Sekian