
wilmen_82
6 tahun
Demam menggigil lebih 5 hari
saya ibu, lewat 30an. mengalami demam menggigil sejak selasa lepas.kepala sangat sakit…saya telah mencuba rawatan dirumah dengan memakan paracetamol. namun selang 3 jam saya akan menggigil lagi…selepas menggigil pula saya akan mengalami perpeluhan yang luar biasa walaupun saya memasang aircond.baju saya akan basah dan saya perlu menukar pakaian selama 1 atau 2 kali.kerana tilam saya juga turut basah oleh peluh saya.dan begitu lah seterusnya berulang2.saya sudah cek dan mendapati saya tidak hamil.tapi air kencing saya berwarna coklat.saya telah meminum air dalam jumlah yang banyak juga.apakah demam ini normal menurut doktor?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika ia mencapai 103°F (39.4°C) atau lebih tinggi. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan umum. Suatu penyakit ringan boleh menyebabkan demam yang tinggi, dan penyakit yang lebih serius boleh menyebabkan demam yang rendah. Antara punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang demam adalah :
- Virus
- Jangkitan bakteria
- Strok haba
- Selaran matahari yang melampau
- Keadaan radang tertentu seperti artritis reumatoid – keradangan pada selaput sendi (synovium)
- Sesetengah ubat-ubatan, seperti antibiotik dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sawan
- Sesetengah imunisasi, seperti difteria, tetanus dan pertusis atau vaksin pneumokokal.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.