
naajikhun
5 tahun
Demam on off berterusan
Hi dokter… saya Demam on off sudah 4 hari… kepala pening3 hari dah … deria bau dan rasa hilang 3 hari dah… badan lenguh lenguh hari2 … boleh saya tahu simtom2 sakit apakah ini… batuk selsema tiada…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Antara punca demam ialah:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.