
Sulit
4 tahun
Demam on off , kadang kala muntah selepas makan
Saya lelaki berumur 28tahun , demam saya on off sejak 4hb haritu , so saya pergi klinik dan doc bagi ubat panadol dan migrain , dan sampai ke harini demam on off , kadang kala malam badan rasa sejuk , bila makan panadol okay sekejap dalam 5-6jam , kemudian badan kembali panas semula , dan kadang rasa mual bila lepas makan atau waktu subuh bila saya mandi lepas gosok gigi akan muntah air masak yg saya minum waktu malam sebelom tidur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami pada masa ini. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian:
- Keracunan makanan
- Jangkitan usus
- GERD
- Gastritis
- Tibi (Tuberkulosis)
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami demam dan muntah-muntah. Anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anda semakin bertambah teruk atau anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan di bawah:
- Demam mengganggu tidur dan aktiviti harian
- Batuk berkahak dan/atau berdarah
- Berpeluh pada waktu malam
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Sakit kepala yang mengganggu aktiviti dan tidur
- Muntah-muntah dan cirit birit
- Hilang selera makan dan berat badan menurun mendadak
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.