myzaamieza
3 tahun
Demam on off tapi suhu tak tinggi
Anak saya berumur 6 tahun demam sejak 2 minggu lepas on off…demam 2 hari…off…demam balik seminggu selepas tu…off sehari demam balik esok nya…makan PCM turun suhu…naik balik melebih 37.5 tapi tak smp 38 selepas 8-10 jam berikutnya…dah buat blood test…viral fever kate doctor…tapi hari ni da masuk hari ke-6…makan minum active bermain macam biase…ape perlu saya buat?
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham kebimbangan anda. Kadang kadang ianya normal untuk kanak kanak mengalami jangkitan kuman dan biasanya ia sembuh selepas pengambilan antibiotik. Selain itu, demam adalah peningkatan suhu badan lebih daripada 38 degree Celcius . Menurut anda, suhu badan anak anda kemungkinan normal sahaja. Jika suhu badan anak anda lebih daripada 38, baru ia bermakna anak anda demam dan patut dibawa ke klinik.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih