Sulit
2 tahun
Demam pada malam hari
Suami sy umur 53tahun,sblm ni dia disahkan ada jangkitan paru paru,smp msuk wad untuk dapatkan antibiotic,hbs saja antibiotic yg doktor bagi kt suami,pihak hospital suruh discaj…balik rumah terus x mau hisap rokok sebab takut punca jangkitan paru paru tu dsbbkan merokok…dalam bro hari dh sihat,tetiba demam balik.setiap malam dia meati demam dan selepas mkn ubat deman dia ok sihat,tp demam masih berulang…adakah berhenti merokok mengejut tu dsbbkan suami demam ka?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham suami anda mempunyai masalah demam yang berulang pada waktu malam. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, demam pada waktu malam boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Namun begitu, demam yang dialami oleh suami anda tiada kaitan dengan berhenti merokok secara mengejut. Demam yang kerap berulang pada waktu malam atau pada bila-bila masa memerlukan pemerhatian oleh doktor.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian secara telekonsultasi supaya pihak kami dapat membantu anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!