
Sulit
4 tahun
Demam panas berkenaan covid 19
saya ada sesi timbang berat badan bersama seorang yang telah dikenal pasti positif covid 19 6 hari kemudian. Adakah saya boleh dijangkiti?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Berdasarkan garis panduan Garis Panduan Covid-19 KKM. Kontak rapat di definisikan sebagai:
- Individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari kebelakangan, sama ada:
- bersemuka dengan pesakit COVID-19 pada jarak kurang dari 1 meter
- atau bersentuhan (kontak fizikal) dengan kes COVID-19
- Individu yang tinggal serumah dengan kes disahkan COVID-19
- Individu yang duduk dekat (kurang 1 meter) dengan kes COVID-19 dalam satu premis seperti pejabat, kelas, rumah ibadat, kedai dan lain-lain
- Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes disahkan COVID-19 tanpa memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap
Untuk makluman anda juga, coronavirus merupakan virus yang boleh disebarkan melalui:
- droplet respiratori (tetesan cairan yang berasal dari batuk, bersin dan cairan mulut atau tekak yang lain),
- menyentuh permukaan benda yang telah terkontaminasi dengan COVID-19
- atau secara airborne (udara terutama pada ruangan tertiutup / ventilasi buruk)
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Sebagai langkah berjaga-jaga, masyarakat juga boleh mendapatkan ujian saringan COVID-19 secara langsung dari kami atau mana-mana klinik yang bertauliah. Justeru mereka juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Akhir kata, terus melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, pakai pelitup muka apabila anda berada di luar rumah dan sentiasa patuh kepada SOP pandemik yang lain. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini