
Sulit
5 tahun
Demam panas berlanjutan
Saya berumur 20 tahun sejak seminggu yg lalu sy alami demam dlm masa demam tersebut zakar sy tidak menegang adakah zakar sy ad masalah doctor?? Www.doctoroncall.com.my

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemungkinan apa yang terjadi adalah asthenia ataupun dalam erti kata lain kekurangan tenaga biasanya akibat demam. Sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk demam tersebut terlebih dahulu agar kondisi dan kesihatan seksual anda dapat dinilai semula.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.